Saturday, February 14, 2009


GAHARU @ AGRAWOOD

Gaharu atau Agrawood adalah produk tumbuhan termahal di dunia . Sejarah perdagangan gaharu bermula seawal abad ketiga direkod dalam tulisan Wa Zen dari Dinasti Wu .

Wa Zen menceritakan dalam tulisannya bahawa gaharu diperolehi dari Vietnam . Gaharu sangat penting dalam pembuatan minyak wangi dan penghasilan ubatan .

Harga gaharu bergred double super mencecah USD 30,000/kilo di pasaran antarabangsa pada hari ini .

Manakala harga gaharu Malaysia yang termahal pernah direkodkan ialah USD 27,400/kilo .

Gaharu Crassna

Di Malaysia industri penanaman pokok Gaharu Crassna ini belum lagi berkembang dan peluang untuk mencipta kejayaan dalam tanaman ini amatlah tinggi . Setakat ini hanya Kerajaan Negeri Kelantan sahaja yang baru membuka ladang gaharu [ Depu ] seluas 1000 ekar di Gua Musang pada Oktober 2007 yang lalu .

Gaharu diburu kerana resinnya bernilai tinggi dan ianya terdapat pada batangnya . Resin digunakan untuk dijadikan minyak wangi bermutu tinggi , kosmetik , ubat - ubatan , minyak gaharu dan sebagainya .

Perbezaan antara Keluarga Gaharu

Gaharu Hutan : Matang 20 hingga 35 tahun
Depu : Matang 7 hingga 10 tahun
Crassana : Matang pada usia 3 hingga 5 tahun sahaja .